Kecerdasan seseorang bisa dilihat dari perbuatannya. Keilmuan seseorang bisa dilihat dari pembicaraannya. Dan keimanan seseorang bisa dilihat dari kejujurannya.(pepatah)

40 nasihat Saiyidina Ali r.a.


  1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda
  2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran 
  3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging 
  4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin 
  5. Jagailah orang tua kamu,nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu 
  6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah 
  7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil. 
  8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan 
  9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakan ilmu menjaga kamu 
  10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang 
  11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam 
  12. Mengajar adalah belajar 
  13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin 
  14. Insan terbagi kepada 3 : 1) Mereka yang mengenal Allah; 2) Mereka yang mencari kebenaran; 3) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing 
  15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah 
  16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah 
  17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain 
  18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya 
  19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati 
  20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu. 
  21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas 
  22. Sifat seseorang tersembunyi dibalik lidahnya 
  23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta 
  24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya 
  25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya 
  26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat 
  27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran 
  28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba 
  29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa 
  30. Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan 
  31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan 
  32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat 
  33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar 
  34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan 
  35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah 
  36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya 
  37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2 
  38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan 
  39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya 
  40. Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, karena perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah diberikan kepada kamu

Ar Yu ReDEY..?!